Arnab_Easter
Arnab_Easter

Arnab_Easter

Arnab Easter merupakan watak berupa arnab yang membawa telur Easter. Mengikut legenda, makhluk ini membawakan bakul berisi telur berwarna-warni, gula-gula dan mainan kepada kanak-kanak di rumah pada malam Easter (atau Paska). Arnab Easter akan meletakkan bakul di tempat yang tertentu, ataupun menyorokkanny dalam rumah atau halaman supaya kanak-kanak boleh mencarinya sebaik sahaja bangun pada waktu pagi.Arnab Easter merupakan padanan kepada watak Santa Claus pada musim Krismas kerana mereka berdua membawakan hadiah kepada kanak-kanak pada malam sebelum perayaan masing-masing. Arnab Easter mula-mula disebut dalam De ovis paschalibus (Tentang Telur Easter) oleh Georg Franck von Frankenau[1] yang menyebut tentang tradisi Alsace mengenai seekor Arnab Easter yang membawa telur Easter (dan akibat buruk daripada terlalu banyak makan telur).