Arnab_Kerdil
Arnab_Kerdil

Arnab_Kerdil

Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus. Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.Arnab Kerdil merupakan arnab yang paling kecil di dunia.[2][3][4][5] Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga sekitar 500 gram (kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya 23.5 hingga 29.5 sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit daripada yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang yang kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor.