Arni_Nazira_Anuar
Arni_Nazira_Anuar

Arni_Nazira_Anuar

Arni Nazira Anuar atau Arni Nazira (lahir 22 Julai 1978) merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996. Album sulungnya berjudul Cinta Antara Benua diterbitkan pada tahun 1997. Menerusi album itu, Arni menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Kemudiannya Arni menceburi bidang lakonan iaitu filem Nafas Cinta pada tahun 1998 dan Bara (1999).