Arthur_Wellesley,_Duke_Wellington_Pertama
Arthur_Wellesley,_Duke_Wellington_Pertama

Arthur_Wellesley,_Duke_Wellington_Pertama

Fil Marsyal Arthur Wellesley, Duke Wellington Pertama, KG, GCB, GCH, PC, FRS(1 Mei 1769 – 14 September 1852), ialah seorang askar dan negarawan British, kelahiran Ireland daripada sebuah keluarga Inggeris-Ireland,[1] dan seorang daripada tokoh tentera dan politik terkemuka dalam abad ke-19. Beliau sering dirujuk sebagai "Duke Wellington", mahupun selepas kematiannya, walaupun terdapat penyandang-penyandang gelaran Duke Wellington selepas beliau.Wellesley menonjol sebagai seorang jeneral semasa kempen Semenanjung, sebahagian daripada kempen Peperangan Napoleon, dan dinaikkan ke pangkat Fil Marsyal selepas mengetuai angkatan bersekutu dalam mengalahkan pihak Perancis dalam Pertempuran Vitoria dalam tahun 1813. Berikutan pembuangan negeri Napoleon dalam tahun 1814, beliau berkhidmat sebagai duta ke Perancis dan dianugerahkan dengan sebuah duci[2] yang membawa kepada gelaran "Duke". Dalam waktu Seratus Hari (atau Seratus Hari Napoleon) dalam tahun 1815, beliau mengetuai tentera bersekutu yang bersama-sama Tentera Darat Prusia di bawah Fil Marsyal Blücher, menewaskan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo. Rekod pertempuran Wellesley amat terpuji dan beliau pada akhirnya terlibat dalam 60 pertempuran sepanjang kerjaya tenteranya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Arthur_Wellesley,_Duke_Wellington_Pertama http://gaslight.mtroyal.ab.ca/waterloo.htm http://napoleonistyka.atspace.com/wellington_strat... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://books.google.com/?id=dpKbWonMghwC&pg=PA93&d... http://www.thepeerage.com http://www.thepeerage.com/p10256.htm#i102559 http://www.greatest-battles.webs.com/MysoreWars/My... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=...