Artileri
Artileri

Artileri

Meriam besi ketuk -pateri (forge -welded) di Thanjavur, Tamil Nadu dipercayai dibina semasa pemerintahan Raghunatha Nayak (1600–1645), dan ia dikatakan sebagai salah satu meriam terbesar di dunia. Artileri digunakan oleh tentera India kebanyakannya bagi menumpaskan tentera berkubu.]]Dalam sejarah, artileri (dari Bahasa Perancis artillerie) merujuk kepada sebarang enjin yang digunakan bagi melancar peluru (projectile) besar dalam peperangan. Istilah ini turut merujuk kepada tentera dengan fungsi utama bagi mengendali senjata sedemikian dan digunakan dalam organisasi bagi cabang pasukan bersenjata darat yang menggunakan senjata sedemikian. Istilah ini merangkumi artileri pantai yang secara tradisional mempertahankan kawasan pantai dari serangan melalui laut dan mengawal laluan kapal. Dengan kemunculan pesawat udara pada awal abad ke-20, artileri turut merangkumi bateri anti-pesawat darat.