Kerjaya Ary Malik

Beliau dikenali kerana kepetahannya mengacarakan program hiburan MTV serta rancangan TV popular TV3, Muzik Muzik sekitar 2003.[4] Ary memulakan kerjaya lakonan menerusi drama terbitan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Kolej pada 2000.[4]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi; Ary memegang watak sebagai Saira, tunang kepada Hafiz.[5] Nama Ary menjadi sebutan dengan muncul bersama Bront Palarae dalam drama bersiri Cinta Tsunami arahan Ogy Ahmad Daud.[6]

Ary juga berbakat dalam seni masakan, pada tahun 2011, beliau menjadi salah seorang daripada 40 peserta rancangan realiti masakan, MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro.[7] Menerusi rancangan inilah, beliau berjaya mara ke peringkat akhir.[8]

Selain itu, Ary juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Coca-Cola, Maxwell House, Lipton Tea, Colgate, Pantene dan juga Peter Stuyvesant Travel.[7] Beliau membuat penampilan terakhirnya di televisyen sebelum meninggal dunia menerusi telfilem Menanti Awan yang dibintangi oleh Fizz Fairuz, Amerul Affendi dan Ruhainies Farehah, bersiaran di slot Citra TV2 pada 23 Ogos 2016.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ary Malik http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ary-malik... http://www.gempak.com/artikel/3725/saya-hilang-ses... http://www.imdb.com/name/nm0539563/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ary-malik-se... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/berita-menin...