Terjemahan Aryabhatiya

Aryabhatiya ialah karya yang berpengaruh seperti ditunjukkan oleh fakta bahawa kebanyakan ahli matematik India selepas Aryabhata menulis ulasan mengenainya. Sekurang-kurangnya dua belas ulasan terkenal telah ditulis untuk Aryabhatiya dari masa dia masih lagi hidup (sek. 525) hingga ke 1900 ("Aryabhata I" 150-2). Pengulasnya termasuk Bhaskara dan Brahmagupta di kalangan lain yang terkenal.

Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sekitar tahun 820 oleh Al-Khwarizmi, dengan tajuk Mengenai Pengiraan dengan Angka Hindu yang sendirinya menjadi berpengaruh terhadap penggunaan Angka Hindu-Arab di Eropah sejak abad ke-12.

Walaupun karya ini berpengaruh, namun tiada terjemahan bahasa Inggeris sahih.