Asid_hidroklorik

Asid hidroklorik merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan merupakan komponen utama asid gaster dan digunakan secara meluas dalam industri. Asid ini patut digunakan dengan awasan keselamatan yang sesuai kerana sangat mengkakis.Nama lamanya ialah asid muriatik. Asid hidroklorik telah menjadi bahan kimia yang penting dan kerap digunakan sejak awal sejarah dan ditemui oleh ahli alkimia Jabir ibn Hayyan kira-kira pada tahun 800. Asid ini digunakan dalam Zaman Pertengahan oleh ahli alkimia untuk menghasilkan batu hikmat, dan kemudian oleh ahli sains Eropah termasuk Johann Rudolf Glauber, Joseph Priestly dan Humphry Davy dalam membina ilmu kimia moden.sejak Revolusi Perindustrian, asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai proses, termasuk penghasilan sebatian organik secara besar-besaran seperti vinil klorida untuk plastik PVC, MDI/TDI untuk poliuretena, dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan, serta pemprosesan kulit (binatang). Lebih kurang 20 juta tan gas HCl dihasilakan setiap tahun.