Askar_Timbalan_Setia
Askar_Timbalan_Setia

Askar_Timbalan_Setia

Askar Timbalan Setia atau rasminya Askar Timbalan Setia Negeri Johor ialah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Temenggung Johor ke-2), Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain; Ratu Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor. Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.