Asmak_Husin

Yang Berhormat Senator Ustazah Asmak Husin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negara yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan[1]. Asmak merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Undang-undang dan Pentadbiran Agama Islam dari Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.