Asoka (
Devanāgarī: अशोक,
IAST: Aśoka, IPA:
[aˈɕoːkə], 304–232 SM), juga dikenali sebagai
Ashoka dan
Asoka Agung, ialah
maharaja dari
Dinasti Maurya di
India yang memerintah hampir seluruh
subbenua India dari 269 SM hingga 232 SM. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan. Empayarnya terbentang dari
Pakistan kini dan
Afghanistan di barat sehingga
Assam di timur, dan
Kerala utara serta
Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan
Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman
Chandragupta Maurya. Pemerintahannya berpusat di
Magadha (
Bihar kini, India).
[1]Seorang penganut tradisi
Veda, agama yang dianuti secara meluas sewaktu itu, Asoka kemudian memeluk
agama Buddha selepas menyaksikan kematian besar-besaran dalam
perang Kalinga, suatu perang yang dimulakannya sendiri atas keinginan untuk mencapai penaklukan. Baginda seterusnya mengabdikan hidupnya dalam penyebaran agama Buddha ke seluruh
Asia dan membina tugu peringatan untuk menandakan sebilangan tapak yang penting dalam kehidupan
Gautama Buddha. Asoka mengamalkan
ahimsa (
ketakganasan),
kasih sayang,
kebenaran,
toleransi, dan
vegetarianisme, dan dikenangi dalam sejarah sebagai seorang pentadbir
kedermawanan. Dalam
sejarah India, baginda digelar sebagai
Samraat Chakravartin Asoka, iaitu Maharaja antara Maharaja Asoka.Nama baginda, "aśoka" bererti "tanpa kesedihan" dalam bahasa
Sanskrit (a = tiada/tanpa, soka = kesedihan atau kerisauan). Dalam
ediknya, Asoka digelar sebagai Devānāmpriya (
Devanāgarī: देवानांप्रिय)/Devānaṃpiya atau "Yang Disayangi oleh Dewa-dewa", dan Priyadarśin (
Devanāgarī: प्रियदर्शी)/Piyadassī atau "Dia yang menyayangi setiap orang". Satu lagi gelarannya ialah Dhamma (
prakrit: धम्मः), "Sah, Warak, Salih".
H. G. Wells, penulis dan
pengkritik sosial British yang terkenal, dalam
The Outline of History (1920), karya dua jilidnya yang terlaris, menulis tentang maharaja Asoka:Selain daripada
Edik Asoka, legenda Asoka juga diceritakan dalam
Aśokāvadāna ("Naratif Asoka") dan
Divyāvadāna ("Naratif Ketuhanan") akhir abad ke-2, serta teks
Sri Lanka Mahavamsa ("Babad Agung").Selepas dua ribu tahun, pengaruh Asia masih dapat dlihat di
Asia, terutamanya di
subbenua India. Sebuah lambang yang digali dari empayarnya kini merupakan
Lambang India kebangsaan. Dalam
sejarah agama Buddha, Asoka dianggap sebagai tokoh kedua terpenting selepas
Gautama Buddha.