Astana

Astana (Kazakh dan Rusia: Астана) ialah ibu negara Kazakhstan dengan jumlah penduduk 577,300 orang pada tahun 2007. Astana ialah bandar kedua terbesar selepas bandar Almaty. Ia terletak di selatan tengah Kazakhstan iaitu di wilayah Aqmola.Perkataan Astana bermaksud "ibu negara" dalam bahasa Kazakh dan diberi pada 1998.[2] Kota ini diberi nama rasmi baharu sebagai Nursultan sempena Presiden Nursultan Nazarbayev yang meletakkan jawatan pada 20 Mac 2019.[3][4]