Astigmatisme

Astigmatisme menyebabkan penglihatan yang kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh. Astigmatisme biasanya disebabkan oleh permukaan lengkungan kornea atau kanta yang tidak sekata.Sinar-sinar cahaya dari suatu objek terfokus pada retina dan di hadapan atau di belakang retina.Astigmatisme boleh berlaku selepas pembedahan mata atau kecederaan yang berlaku pada mata.Astigmatisme juga boleh berlaku pada kanak-kanak semenjak lahir.