Astro_Zhi_Zun_HD

Astro Zhi Zun HD ialah sebuah saluran televisyen berdefinisi tinggi berbahasa Cina keluaran Astro. Pada awalnya ia menyiarkan rancangan yang memfokuskan kepada penonton Cina, termasuk rancangan Mandarin. Saluran ini disiarkan di saluran 310 bagi pelanggan Astro B.yond, dan ialah saluran televisyen pertama berdefinisi tinggi yang bukan berbahasa Inggeris. Walaupun rancangan yang bukan berbahasa Kantonis dipindahkan ke Astro Quan Jia HD selepas mula bersiaran pada 13 Januari 2013, saluran ini meneruskan penyiaran rancangan yang hampir sama dengan Astro Wah Lai Toi. Saluran ini ditukar namanya kepada Astro Wah Lai Toi HD pada 6 Oktober 2014.