Atarsamain

Atarsamain (juga Attar-shamayin[1], "bintang pagi syurga") adalah dewa bintang yang jantinanya kurang pasti, disembah di semenanjung Arab utara dan tengah sewaktu zaman jahiliah. Disembah luas di kalangan puak Arab sewaktu zaman jahiliah, Atarsamain dikenali di keliling 800 SM dan diperkenalkan dalam huruf surat-surat raja Assyria Esarhaddon dan Assurbanipal.[2] Dia mungkin bersinonim dengan dewi Arab Allat yang berpusat di Palmyra.Menurut dengan Dierk Lange, Atarsamain adalah dewa utama dalam tritunggal tuhan disembah dengan apa yang dia gelar gabungan Yumu'il, yang dia menjelas sebagai gabungan puak Arab utara berdatuk moyang Bani Ismail diketuai oleh "kaum Kedar" (iaitu Bani Qedar).[3] Lange mengenalkan Nuha sebagai dewa matahari, Ruda sebagai dewa bulan, dan Atarsamin sebagai dewa utama berkaitan dengan Zuhrah.[3] Suatu tritunggal tuhan mewakili matahari, bulan dan Zuhrah ditemu di kalangan kaum-kaum kerajaan semenanjung Arab Selatan Awsan, Ma'in, Qataban dan Hadramawt di antara abad ke-9 dan ke-4 SM.[3] Di situ, dewa berkaitan dengan Zuhrah adalah Astarte, dewa matahari adalah Yam, dan dewa bulan digelar pelbagai sebagai Wadd, Amm dan Sin.[3]Atarsamain disebut dua kali dalam sejarah Assurbanipal, raja empayar Assyria pada abad ke-7 SM. Rujukan adalah kepada a?lu (sā) a-tar-sa-ma-a-a-in ("kaum Attar dari Syurga") yang dikatakan telah dikalahkan bersama dengan Nebayot (Nebaioth/Nabataeans) dan Qedar (Bani Qedar) dipimpin oleh Yauta ben Birdadda, yang juga digelar "raja bangsa Arab".[1]