Atharva_Veda

SmritiAtharva Veda (Sanskrit: अथर्ववेदः, atharvaveda, iaitu kata majmuk tatpurusha yang terdiri daripada atharvan, seorang Rishi purba, dan veda, yang bererti "knowledge") merupakan salah satu kitab suci agama Hindu dan salah satu daripada empat Veda yang sering bergelar "Veda keempat". Veda ini telah diturunkan oleh Veda Vyasa kepada pengikutnya, Sumantu. Veda ini juga dikenali sebagai Atharvana Veda, Atharvangirasa, Angirasa, Bhrgvangirasa, Bhrigu Vistara, Brahma Veda,, Bhaisajya Veda, dan Ksattra Veda.[1]Perkataan 'Atharvan' mungkin berasal daripada 'athar' iaitu api, dan mungkin bermaksud, 'sami api'. Maka, Atharvan mungkin nama seorang Rishi purba yang 'membawa api dari syurga' dan memulakan upacara ritual korban di bumi. Kemungkinan, rishi-rishi daripada puak Atharvan, Angiras, Bhrigu, Atharvangirasa, dan Brahman adalah rishi-rishi yang mula-mula mendengar Veda ini. Maka, ia mendapat nama-nama lain sempena nama rishi-rishi itu.[2]Atharva Veda terdiri daripada 9 śākhā (resensi) iaitu: Paippalāda, Dānta, Pradānta, Snāta, Snauta, Brahmadāvala, Śaunaka, Devadarśani, dan Caranavidyā. Namun, pada masa kini, hanya 2 sakha yang masih wujud, iaitu Pippalada dan Saunaka. Atharva Veda dibahagikan kepada empat 'prapathaka,' yang merangkumi 20 'kanda.' Setiap kanda dibahagikan kepada 'sukta' dan seterusnya sukta dibahagikan kepada 'mantra.' Keseluruhannya terdapat 6077 mantra dalam 736 sukta-sukta dalam 20 kanda. Disebabkan perbezaan kaedah mengumpul atau mengelaskan mantra-mantra ini, jumlah sukta-sukta yang diberikan oleh sesetengah cendikiawan berbeza di antara 598 hingga 759. Namun, jumlah mantra masih tetap sama. Sehingga kini, tidak ada Aranyaka Veda ini yang ditemui dan hanya satu Brahmana sahaja yang wujud iaitu Gopanatha Brahmana. Atharva Veda juga mengandungi tiga Upanishad yang popular iaitu: