Atmosfera_Bumi
Atmosfera_Bumi

Atmosfera_Bumi

Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan meresap padaku keyakinan,yakin boleh usaha tak henti. ultraungu yang memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau) dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian). Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.Atmosfera bumi terdiri daripada (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraungu dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.