Atur_cara_komputer

Atur cara komputer adalah koleksi arahan yang difahami oleh manusia(biasanya dalam bahasa inggeris mudah atau kod khas) untuk menentukan tugas ataupun satu set tugasan untuk dilakukan oleh komputer setelah diterjermah oleh penterjermah kepada bahasa mesin (compiler) biasanya dalam binary hexadecimal. Istilah atur cara komputer boleh merujuk kepada kod sumber yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan, atau bentuk terlaksanakan kod tersebut. Atur cara komputer juga dikenali sebagai perisian pembangunan, program penggunaan, perisian sistem ataupun cuma atur cara.Kod sumber kebanyakan atur cara mengandungi jujukan arahan yang jelas melaksanakan algoritma (dikenali sebagai gaya pengaturcaraan perintah); dalam bentuk lain (dikenali sebagai pengaturcaraan pengisytiharan) ciri-ciri maklumat yang diperlukan adalah ditentukan dan kaedah yang digunakan untuk mendapat keputusan, jika ada, diserahkan kepada pelantar.Atur cara komputer biasanya ditulis oleh golongan yang digelar juruaturcara komputer, tetapi boleh juga dijanakan oleh atur cara lain.