Auns

Rencana ini adalah mengenai Auns (jisim). Untuk Auns (daya), sila lihat Paun-daya. Untuk kegunaan yang lain, lihat Auns.Auns (singkatan: oz) ialah nama untuk unit jisim dalam sebilangan sistem yang berbeza, termasuk berbagai-bagai sistem jisim yang merupakan sebahagian sistem unit Inggeris, unit imperial, dan unit kebiasaan Amerika Syarikat. Saiznya berbeza-beza dari satu sistem ke sistem yang lain. Auns yang paling biasa digunakan pada hari ini ialah auns avoirdupois antarabangsa dan auns troy antarabangsa.Singkatan "oz" berasal daripada perkataan Itali kuno, "onza" (kini dieja oncia) yang membawa pengertian auns.Perbezaan antara jisim dan berat (atau daya) dan perkembangannya dibincangkan dalam rencana Berat.