Politik Australia

Dewan Parlimen baru di Canberra yang dibuka pada tahun 1988 menggantikan bangunan sementara Dewan Parlimen yang dibuka pada tahun 1927.Negeri and Wilayah Australia.

Komanwel Australia ialah sebuah negara raja berperlembagaan yang mengamalkan sistem parlimen kerajaan. Ratu Elizabeth II ialah Ratu Australia, satu peranan yang berbeza dengan kedudukannya sebagai raja Alam-alam Komanwel yang lain. Ratu diwakili pada nama sahaja oleh Gabenor Jeneral pada peringkat Persekutuan dan oleh Gabenor-gabenor pada peringkat negeri. Walaupun Perlembagaan memberi kuasa eksekutif yang meluas kepada Gabenor Jeneral, kuasa ini biasanya digunakan hanya atas nasihat Perdana Menteri Australia. Penggunaan kuasa simpanan yang terkenal oleh Gabenor Jeneral di luar arahan Perdana Menteri adalah ketika menyingkirkan Kerajaan Whitlam dalam krisis perlembagaan pada tahun 1975. [12]

Terdapat tiga cabang dalam kerajaan:

Parlimen Komanwel dwidewan terdiri daripada Ratu, Senat (dewan pertuanan yang terdiri daripada 76 senator), dan Dewan Rakyat (terdiri daripada 150 wakil rakyat). Wakil-wakil rakyat dipilih daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal yang biasanya dikenali sebagai electorate atau 'kerusi'. Kerusi-kerusi dalam Dewan Rakyat diperuntukkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah penduduk masing-masing. Tidak menghiraukan jumlah penduduknya, setiap negeri diwakili oleh 12 senator dalam Senat, manakala kedua-dua wilayah besar, iaitu Wilayah Ibu Kota Australia dan Wilayah Utara, masing-masing diwakili oleh dua senator. Pilihan raya umum bagi kedua-dua dewan diadakan setiap tiga tahun; biasanya hanya setengah daripada kerusi-kerusi Senat ditanding dalam setiap pilihan raya kerana senator-senator menjawat selama enam tahun yang bertindih. Parti dengan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat membentuk Kerajaan, dengan ketuanya menjadi Perdana Menteri.

Terdapat tiga buah parti politik yang utama di Australia: Parti Buruh, Parti Liberal dan Parti Nasional. Ahli-ahli bebas dan banyak parti kecil — termasuk Parti Hijau dan Parti Demokrat Australia — pernah memenangi kerusi dalam parlimen Australia, khususnya dalam Dewan Pertuanan, walaupun pengaruh mereka adalah sedikit. Sejak pilihan raya umum 1996, Parti Campuran Liberal/Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri John Howard telah memegang kuasa di Canberra. Dalam pilihan raya umum 2004, parti campuran ini memenangi penguasaan Senat yang merupakan kali pertama sebuah parti (atau parti gabungan pemerintahan) yang membentuk kerajaan berjaya menguasai dewan pertuanan sejak melebihi 20 tahun. Parti Buruh berkuasa di setiap negeri dan wilayah. Pengundian adalah wajib bagi semua warganegara melebihi 18 tahun di dalam setiap negeri dan wilayah, serta pada peringkat persekutuan. [13]

Rujukan

WikiPedia: Australia http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/... http://www.abs.gov.au/ http://www.abs.gov.au/Ausstats/abs@.nsf/0/68180154... http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445... http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445... http://aec.gov.au/_content/What/voting/faq_general... http://www.aec.gov.au/_content/when/referendums/19... http://www.aiatsis.gov.au/rsrch/rsrch_dp/genocide.... http://www.aph.gov.au/Senate/committee/legcon_ctte... http://www.aph.gov.au/library/parl/42/ministry/min...