Pembinaan Autobahn

Sebagai mana rangkaian lebuh raya lain di Eropah, autobahn mempunyai berbilang lorong di kedua-dua bahagian yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya dengan keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat serta dihadkan kepada kenderaan tertentu sahaja. Autobahn pertama dibuka pada tahun 1931 antara Cologne dan Bonn oleh Konrad Adenauer (Datuk Bandar Cologne serta bakal Canselor Jerman Barat) pada 6 Ogos 1932.[1]Pada masa itu, ia belum lagi dipanggil "autobahn" tetapi dikenali sebagai Kraftfahrtstraße (bermaksud "jalan raya kereta"). Idea adal ialah jalan khas tanpa lintasan dan hanya digunakan oleh kereta dan motosikal dan bukan pejalan kaki atau kereta kuda. Memandangkan Adolf Hitler masih belum menjadi Canselor sehinggalah pada Januari 1933, dakwaan yang mengatakan idea autobahn mula ditampilkan oleh rejim Nazi hanyalah cerita dongeng semata-mata.[2]

Walau apa pun, rejim Nazi tetap meneruskan pembinaan rangkaian autobahn sebagai salah satu langkah mencipta peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.

Sistem pernomboran kod laluan autobahn moden mula diperkenalkan di Jerman Barat pada tahun 1974. Semua autobahn diberi kod bernombor dengan huruf A di hadapan diikuti nombor laluan, contohnya Autobahn A8. Laluan utama yang merentasi seluruh Jerman diberikan kod satu angka dengan nombor genap bagi laluan timur-barat dan nombor ganjil bagi laluan utara-selatan. Lebuh raya setempat yang lebih pendek (menghubungkan antara dua bandar raya atau kawasan dalam Jerman) mempunyai kod laluan dua angka (seperti Autobahn A24 yang menghubungkan Berlin dan Hamburg). Sistem kod laluan adalah seperti berikut:-:

Sistem pernomboran kod laluan autobahn dari 10 ke 999