Automaton

Automaton ialah sejenis jentera yang beroperasi dengan sendiri, boleh disamaertikan dengan robot jenis lama.Istilah automaton berasal dari bahasa Yunani iaitu αὐτόματον automaton yang bermaksud "bertindak sendirian". Istilah ini lebih kerap digunakan untuk memaksudkan jentera bergerak bukan elektronik, terutamanya yang direka supaya menyerupai tindakan manusia atau haiwan, seperti patung-patung jam berdenting awam lama, ataupun burung pada jam burung.