Autonomi Alash
Autonomi Alash

Autonomi Alash

Autonomi Alash (Bahasa Kazakhstan: [Алаш аутономиясы, Alaş awtonomïyası] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [Алашская автономия, Alashskaya avtonomiya] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah negara yang wujud antara 13 Disember 1917 hingga 26 Ogos 1920. Ia terletak lebih kurang di dalam wilayah Republik Kazakhstan kini. Ibu kotanya Semey (kekadang juga dirujuk sebagai Alash-qala).Autonomi Alash diisytiharkan oleh orang Kazakh pada Disember 1917. Para pemimpin Alash mengasaskan Alash Orda, sebuah pemerintahan Kazakh yang berpihak dengan Tentera Putih yang ketika itu berlawan dengan tentera Bolshevik. Pada 1919, ketika Tentera Putih kelihatan akan kalah, pemerintahan Autonomi Alash mula berunding dengan pihak Bolshevik. Antara 191920, tentera Bolshevik menewaskan Tentera Rusia Putih di kawasan ini dan menduduki Kazakhstan. Pemerintahan Soviet kemudian membubarkan Autonomi Alash pada 26 Ogos 1920 dan mengasaskan Republik Sosialis Soviet Autonomi Kyrgyz yang pada 1925 menukarkan namanya menjadi Republik Sosialis Soviet Autonomi Kazakh lalu menjadi Republik Sosialis Soviet Kazakh pada 1936.