Avan_Jogia
Avan_Jogia

Avan_Jogia

Avan Tudor Jogia (lahir 9 Februari 1992) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarah Kanada-British, paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Beck Oliver dalam sitkom Nickelodeon Victorious (2010-2013), dan sebagai Danny Desai dalam siri televisyen drama ABC Twisted (2013-2014) - peranan yang melayakkan beliau menerima pencalonan di Teen Choice Awards 2013 dan 2014.Jogia mula meraih pencapaian menerusi watak Danny Araujo dalam filem televisyen biografi 2006 A Girl Like Me: The Gwen Araujo Story. Selepas berpindah ke Amerika Syarikat di usia remajanya, beliau telah melangkah ke pelbagai peranan televisyen seperti Caprica (2009–2010), Victorious, Twisted, dan siri mini Tut (2015). Beberapa kredit filem Jogia samada televisyen dan filem termasuk, include Spectacular! (2008), Finding Hope Now (2010), Rags (2012), Ten Thousand Saints (2015), dan I Am Michael (2015). Beliau mula menduduki kerusi pengarah pada 2011, menerusi filem pendek Alex, yang diikuti oleh siri web 2016 Last Teenagers of the Apocalypse. Selain bidang lakonan, Jogia mengasaskan bersama pertubuhan LGBT dalam talian Straight But Not Narrow pada 2011, yang bertujuan untuk membentuk pandangan remaja dan orang dewasa mengenai perkara-perkara berkaitan dengan komuniti LGBT.Diantara peranan lakonan Jogia di masa depan, ialah menerusi filem komedi 2017 The Outcasts, dan rendisi Shakespeare A Midsummer Night's Dream.

Rujukan

WikiPedia: Avan_Jogia http://www.harpersbazaar.com/culture/film-tv/inter... http://www.imdb.com/name/nm2240326/ http://instagram.com/p/hWXGxhmv9J/# http://www.noh8campaign.com/article/straight-but-n... http://www.out.com/hot-list/2015/5/04/hot-list-ava... http://www.out.com/popnography/2015/7/24/tut-star-... http://www.seventeen.com/entertainment/reviews/ava... http://www.sugarscape.com/celebs/news/a1079999/ava... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p396607225 http://isni.org/isni/0000000120924065