avast! ialah sebuah
atur cara antivirus yang dibangunkan oleh syarikat
Perisian ALWIL yang berpusat di Prague, Republik Czech, dan diterbitikan buat pertama kali pada tahun
1988.avast! kini digunakan di seluruh dunia dan boleh didapati dalam 27 buah bahasa yang berbeza. Ia lebih kurang berdasarkan cetak rompak stereotaip (nama "avast!", serta fakta bahawa ia mempunyai peti virus dan bukannya kekubah). Sejak dari penerbitannya, avast! 4 Rumah telah menjadi salah satu
perisian bebas anti-virus yang paling popular di kalangan pengguna
Microsoft Windows. Pada 12 Julai
2007, ia telah di
muat turun melebihi 8,463,104 kali dari
laman web Download.com.
[4]Atur cara avast! adalah percuma untuk kegunaan rumah dan bukan komersil. Oleh itu, ia seringnya dibandingkan dengan
Anti-Virus AVG yang merupakan versi syarikat
Grisoft yang percuma.
Perisian ini bertujuan untuk mencegah banyak jenis ancaman komputer, termasuk ancaman-ancaman yang dari segi teknik tidak dianggap sebagai
virus komputer, umpamanya
perisian perisik dan
perisian anti-perisik jahat. Ia juga boleh mencipta
Pangkalan Data Pemulihan yang digunakan untuk memulihkan fail-fail yang dijangkiti (sebagai ganti untuk memadamkannya). Keluaran ini boleh dimuat turun dengan teks penuh dan terjemahan suara dalam melebihi 25 buah bahasa yang berbeza.