Avatar_(filem_2009)
Avatar_(filem_2009)

Avatar_(filem_2009)

Avatar ialah sebuah filem epik cereka sains yang ditulis dan diarah oleh James Cameron, dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Stephen Lang. Filem ini berlatarkan tahun 2154, apabila manusia terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga unobtanium di bulan Pandora dalam sistem bintang Alpha Centauri.[4] Peluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian kaum pribumi Na'vi di Pandora, dan juga seluruh ekosistem bumi. Judul filem ini menyentuh tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetik untuk berinteraksi dengan kaum pribumi Pandora.[5]Filem Avatar mula dibangunkan pada tahun 1994, apabila Cameron menulis skripmen 80 muka surat untuk filem ini.[6] Penggambaran sepatutnya dimulakan sebaik sahaja siapnya filem Cameron yang sebelumnya, iaitu Titanic, agar sempat dikeluarkan pada tahun 1999, tetapi Cameron mengaku bahawa teknologi ketika itu masih belum sedia menzahirkan visi filemnya itu.[7][8] Usaha mereka bahasa kaum makhluk asing bermula pada pertengahan tahun 2005, sementara Cameron mula mengembangkan lakon layar dan alam cerekanya pada tahun 2006.[9][10]Filem ini dikeluar dalam format 2-D biasa, dan juga bentuk 3-D yang berformatkan RealD 3D, Dolby 3D, dan IMAX 3D. Perbelanjaan rasmi Avatar adalah $237 juta;[2] tetapi ada yang menganggarkan perbelanjaannya adalah $280–310 juta untuk penerbitan tambah $150 juta untuk pemasaran.[11][12][13] Filem ini disambut sebagai kecemerlangan besar dari segi teknologi perfileman, pembangunan tayangan 3D dan perfileman stereoskopik dengan penggunaan kamera yang direka khusus untuk penerbitan filem ini.[14]Tayangan perdana Avatar diadakan di London pada 10 Disember 2009, kemudian dikeluarkan ke pawagam seluruh dunia pada 16 Disember 2009, diikuti di Amerika Syarikat pada 18 Disember 2009, lalu berjaya menambat hati para pengulas dan penonton filem dengan cemerlang sekali.[15][16][17] Filem ini memecah beberapa rekod kutipan pawagam sebaik sahaja mula tayangannya sehingga menjadi filem yang meraih kutipan kasar tertinggi sepanjang zaman, sekaligus mengatasi filem Titanic. (Avatar sebenarnya merupakan filem ke-26 tertinggi kutipannya di Amerika Syarikat setelah diselaraskan kesan inflasinya.)[18][19][20] Berikutan kecemerlangan filem ini, Cameron mengesahkan filem ini akan ada sambungannya.[21]. Avatar diplih untuk sembilan Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[22] dan memenangi tiga, untuk Sinematografi Terbaik, Kesan Visual Terbaik, dan Arahan Seni Terbaik.

Avatar_(filem_2009)

Bahasa Bahasa Inggeris
Muzik oleh James Horner
Disunting oleh
Pengarah James Cameron
Penerbit James Cameron
Jon Landau
Penulis James Cameron
Pecah panggung $2,770,435,630
Mula ditayangkan 10 Disember 2009 (2009-12-10)
(tayangan perdana London)
18 Disember 2009
(Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Mauro Fiore
Tempoh tayangan 162 minit [1]
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh Sam Worthington
Zoe Saldana
Stephen Lang
Michelle Rodriguez
Sigourney Weaver
Giovanni Ribisi
Joel David Moore
C. C. H. Pounder
Wes Studi
Laz Alonso
Pengedar 20th Century Fox
Perbelanjaan $237 juta[2]
$9 juta (Keluaran semula)[3]