Plot Avatar_(filem_2009)

Cerita berlaku pada tahun 2154 di Pandora, sebuah bulan planet Polyphemus [23] yang berada di dalam sistem planet Alpha Centauri.[4] Korporat RDA sedang melombong sebuah mineral bernilai yang diketahui sebagai unobtanium. Penyelia RDA Parker Selfridge (Giovanni Ribisi) mengetuai operasi perlombongan koloni RDA, yang mempunyai pasukan keselamatan swasta iaitu Sec-Ops.[24] Manusia terpaksa menggunakan topeng pernafasan disebabkan atmosfera Pandora yang toksik kepada mereka.

Pandora dihuni oleh Na'vi, setinggi sepuluh kaki (3 m) spesies berkulit biru sapient humanoids,[25] yang hidup secara harmoni dengan alam, menyembah dewi ibu dipanggil Eywa. Untuk memudahkan hubungan dengan Na'vi dan penyelidikan biosfera Pandora, saintis mencipta gabungan badan antara Na'vi-manusia dipanggil Avatar yang dikendalikan melalui hubungan mental dengan genetik manusia yang sesuai.[26] Jake Sully (Sam Worthington), seorang bekas Marin lumpuh, menggantikan saudara kembarnya, seorang saintis terlatih yang telah dilatih sebagai pengendali avatar tetapi terbunuh dalam suatu rompakan. Dr. Grace Augustine (Sigourney Weaver), ketua Program Avatar, menganggap Sully pengganti tidak sesuai bagi saudaranya itu dan menjadikan dia sebagai pengawal.

Apabila Grace, pakar anthropologi Norm Spellman (Joel David Moore) dan Jake mengumpul sampel biologi dan data di dalam kawasan hutan menggunakan badan avatar mereka, serangan seekor thanator memisahkan Jake dari kumpulan tersebut. Neytiri (Zoe Saldana), seorang perempuan Na'vi, menyelamatkan Jake daripada pemangsa di dalam kawasan hutan, melihat ramalan dari Eywa, membawanya ke Hometree, di mana puaknya, Omaticaya tinggal. Ibu Neytiri Mo'at (C. C. H. Pounder), ketua rohani puak tersebut, menunjukkan minat terhadap "askar dreamwalker" lalu mengarahkan anak perempuannya untuk mengajar Jake budaya mereka.

Ketua Sec-Ops, Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang), menjanjikan rawatan untuk penyakit lumpuh Jake dengan mendapatkan perisikan yang akan membolehkan Quaritch memaksa kerjasama Na'vi.[27] Hometree berada di atas sebuah rizab besar unobtanium, dan RDA inginkan tapak itu. Apabila Jake ingin menyampaikan maklumat kepada Quaritch, Grace menjadi curiga lalu memindahkan dirinya, Jake dan Norm ke sebuah pos terpencil dengan unit link avatar. Dalam masa tiga bulan, Jake menjadi rapat kepada Neytiri dan puak Omaticaya, dan akhirnya menolak agenda RDA. Setelah Jake dimasukkan ke puak Omaticaya, dia dan Neytiri memilih masing-masing sebagai pasangan mereka. Jake menunjukkan perubahan kesetiaannya apabila dia melumpuhkan sebuah jentolak semasa ia memusnahkan Tree of Voices. Apabila Quaritch menunjukkan diari video Jake kepada Selfridge, di mana Jake mengaku bahawa Omaticaya tidak akan meninggalkan Hometree, Selfridge mengarahkan supaya Hometree dimusnahkan.

Walaupun dengan bangkangan Grace bahawa menghancurkan Hometree boleh mempengaruhi saraf rangkaian bio-botani rangkaian neural yang menhubungkan organisma Pandora, Selfridge memberikan Jake diaian Grace satu jam untuk meyakinkan Na'vi untuk meninggalkan Hometree. Jake mengaku misi asalnya kepada Omaticaya, lalu Jake dituduh sebagai pengkhianat oleh Neytiri. Maka badan Jake dan Grace diikat tangannya. Pihak Quaritch memusnahkan Hometree, menyebabkan bapa Neytiri iaitu ketua puak Eytucan (Wes Studi), dan ramai lagi terbunuh. Jake, Grace dan Norm dipenjarakan kerana mengkhianat RDA. Trudy Chacón (Michelle Rodriguez), seorang juruterbang pasukan keselamatan yang jijik dengan cara Quaritch, membebaskan lalu menerbangkan mereka ke pos terpencil lalu membantu mereka memindahkannya. Semasa pelarian tersebut Grace cedera parah akibat tembakan Quaritch.

Bagi memulihkan kepercayan puak Omaticaya terhadapnya, Jake menjinakkan seekor Toruk, seekor pemangsa terbang gagah yang hanya lima orang Na'vi pernah jinak. Jake menjumpai puak Omaticaya di tempat suci Tree of Souls dan merayu kepada Mo'at untuk menyembuhkan Grace. Puak tersebut membuat percubaan untuk memindahkan Grace dari tubuh badannya ke badan avatarnya yang tidak sedar dengan bantuan Tree of Souls, tetapi beliau meninggal sebelum pemindahan itu selesai. Mo'at mengisytiharkan bahawa "beliau sekarang bersama dengan Eywa".

Dengan bantuan Neytiri dan ketua baru Omaticaya Tsu'tey (Laz Alonso), Jake menghimpunkan beribu-ribu pahlawan dari pelbagai puak Na'vi dalam usaha menghalau manusia. Jake bersembahyang kepada Eywa, melalui sambungan neural dengan Tree of Souls, untuk mendapat syafaat atas nama Na'vi dalam pertempuran mendatang. Quaritch mengetahui pergerakkan Na'vi and memujuk Selfridge untuk menyerang Tree of Souls, supaya pemusnahan tersebut boleh membawa kepada kemusnahan agama dan budaya Na'vi yang akan melemahkan semangat mereka menjadi supaya menyerah kalah.

Apabila pihak Quaritch menyerang, puak Na'vi menyerang balas tetapi mereka megalami kecederaan teruk, termasuklah Tsu'tey dan Trudy. Mahkluk-makhluk liar Pandora tiba-tiba bergabung terhadap serangan lawan, mengepung mereka, Neytiri menafsir peristiwa berikut sebagai Eywa menjawab doa Jake. Jake memusnahkan kapal pengebom sebelum ia dapat sampai ke Tree of Souls. Quaritch menyerang unit avatar link di mana badan manusia Jake didalamnya, mendedahkan Jake kepada atmosfera Pandora Neytiri membubuh Quaritch dan sempat menyelamatkan Jake. Dengan serangan tersebut dapat dibalas, Neytiri dan Jake mengukuhkan kembali cinta mereka apabila Neytiri melihat badan manusia Jake buat kali pertama.

Selfridge dan kakitangan korporat lain dibuang dari Pandora, manakala Jake, Norm, dan saintis lain dibenarkan untuk tinggal. Jake dilihat memakai simbol ketua puak Omaticaya. Puak melalukan ritual untuk memindahkan roh Jake ke badan Na'vinya secara kekal.