Avro_CF-100
Avro_CF-100

Avro_CF-100

Avro Canada CF-100 Canuck (juga dikenali sebagai Clunk), merupakan sebuah pesawat pejuang yang digunakan oleh Kanada semasa Perang Dingin. Ia merupakan satu-satunya jet pejuang rekaan Kanada yang dikeluarkan secara besar-besaran. CF-100 bukan dianggap sebagai sebuah pesawat supersonik sebenar kerana ia tidak boleh melepasi kelajuan bunyi semasa penerbangan separas. Walau bagaimanapun, pada 18 Disember 1952, S/L Janusz Żurakowski, ketua juruterbang ujian pembangunan syarikat Avro telah memecahkan tabir bunyi dengan menerbangkan prototaip CF-100 Mk 4 dalam keadaan junam daripada ketinggian 30,000 kaki.