Kerjaya Awie

Penglibatan awal

Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti kumpulan Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.[perlu rujukan]

Wings dan penyertaan semula

Awie memulakan kerjaya muziknya di Kuala Lumpur pada tahun 1985 dengan menganggotai kumpulan Wings sebagai penyanyi[1]. Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble. Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.[perlu rujukan]

Awie meninggalkan kugiran itu pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie telah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Awie kembali menyertai Wings pada penghujung tahun 2000 selepas respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Kugiran ini masih aktif.[penjelasan lanjut diperlukan] Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini[bila?] termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.[perlu rujukan]

Kerjaya solo

Selepas Awie meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo.[perlu rujukan]

Kerjaya filem

Awie memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang ketika masih bersama Wings. Filem lain setelah keluar dari Wings Awie berjaya diikuti dengan filem-filem lain, yang lebih menonjol seperti Sembilu dan Bara. Baru-baru ini[bila?] Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[2] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.