Ayam_Pegar
Ayam_Pegar

Ayam_Pegar

Ayam pegar atau Lophura ignita merupakan salah satu daripada spesies burung liar yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera. Ayam pegar digolongkan dalam keluarga Phesanidae, bersama-sama dengan burung kuang raya, kuang cermin, kuang gunung, merah mata dan ayam hutan.[1]Terdapat empat pecahan spesies dalam pengelasan ayam pegar (Lophura ignita) iaitu Lophura ignita ignita, Lophura ignita nobilis, Lophura ignita macartneyi dan Lophura ignita rufa, akan tetapi pada tahun 2014, Ayam Pegar Malaya yang dikenali sebagai "L. i. rufa" secara ilmiahnya telah dikelaskan sebagai spesies yang berbeza daripada yang lain iaitu "L. rufa". Ayam pegar telah disenaraikan di dalam Lampiran III CITES di Malaysia, dan mendapat status mergastua yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.[2]

Rujukan

WikiPedia: Ayam_Pegar http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&sa=... http://www.rdb.or.id/detailbird.php?id=344&sortby=... http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhammad-da... http://www.utusan.com.my/rencana/utama/harapkan-pe... http://dwnkosmik.dbp.my/wordpress/?p=1490 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Harapkan+paga... http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/ekosistem%20p... http://www.wildlife.gov.my/images/stories/akta/Akt... http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAvi... http://www.zookemaman.my/ms/burung/crested-firebac...