Azan Addin bin Abdul Wahab
Azan Addin bin Abdul Wahab

Azan Addin bin Abdul Wahab

Azan Addin bin Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Azan merupakan salah seorang dari anggota kumpulan Ruffedge.[1] Dilahirkan pada 11 Julai 1974 dan merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik. Abangnya turut terlibat dalam bidang seni iaitu Pot Amir (bekas anggota kumpulan Innuendo).Azan mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Syazreen Shaik Rahmat pada 31 Ogos 2003 dan telah dikurniakan seramai lima orang cahayamata, tiga lelaki dan dua perempuan.Beliau kemudian bersama beberapa orang rakannya menyertai kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu kerohanian pada tahun 2010.Pada tahun 2018,beliau kembali bersama Ruffedge setelah berehat daripada kumpulan tersebut selama 8 tahun.

Azan Addin bin Abdul Wahab

Berasal dari Malaysia
Juga dikenali sebagai Azan
Kelahiran (1974-07-11) 11 Julai 1974 (umurĀ 45)
Perak
Pekerjaan Penyanyi, Pencipta lagu
Tahun aktif 1998 - sekarang
Pengkarya berkait Ruffedge, Al-Mawlid
Nama lahir Azan Addin bin Abdul Wahab
Instrumen Vokal