Kerjaya Azean_Irdawaty

Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982 pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah filem Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.