Azhar_Mansor

Datuk Azhar Mansor (lahir 5 Februari 1958 di Kangar, Perlis) merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo.[1][2] Pada mulanya, beliau bercadang untuk melakukan pelayaran tersebut dalam tempoh kurang 100 hari, tetapi beliau telah menghadapi masalah berkaitan tiang layar yang patah ketika berada di Cape Horn, Amerika Selatan. Bagaimanapun Datuk Azhar telah berjaya melakukannya dalam masa 190 hari. Kegigihan Datuk Azhar ialah contoh unggul Semangat Malaysia Baru. Beliau yang berusia 40 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 (tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-41 pada 5 Februari) itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta.[3]Pelayaran Datuk Azhar meliputi 21,600 batu nautika. Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Keperwiraan Datuk Azhar Mansor adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Baginya, usaha dan kegigihannya dalam mengharungi badai dan ombak adalah sebagai sumbangannya sebagai anak merdeka yang tidak berpeluang merasai pahit jerih rakyat yang hidup pada zaman sebelum merdeka.Pada 1 Disember 1999, beliau dianugerahkan ‘Kapten Kehormat’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kejayaan beliau mengelilingi dunia secara solo. Anugerah tersebut disampaikan di majlis makan malam sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 1999 (LIMA '99) yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.[4][5]Sekitar 2000an, satu khabar angin yang tersebar melalui SMS mendakwa yang beliau telah keluar Islam, dan menganuti Kristian tinggal di Australia.[6] Desas-desus ini ternyata palsu, bagaimanapun, kerana beliau masih bertanggungjawab bagi marina Pelabuhan Telaga marina di Langkawi, Kedah. Azhar telah berulang kali menafikan semua khabar angin pada 10 November 2006.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Azhar_Mansor http://asianyachting.com/Archive/azhar.htm http://www.sailspeedrecords.com/wssr-performance-c... http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=16145 http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGkw9B8rxIRCsBnclXNyoA... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.thesundaily.my/node/169482 https://www.malaysiakini.com/news/59724 https://www.thestar.com.my/lifestyle/people/2014/0... https://web.archive.org/web/20080610165347/http://... https://web.archive.org/web/20081208155950/http://...