Azhar_Sulaiman

Azhar Sulaiman (lahir 22 Julai 1971) merupakan seorang pelakon, pengacara, model, arkitek dan pereka Malaysia.[1][2]Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida "Connie" Ahmad. Pada tahun yang sama juga beliau telah memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan. Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat.Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect[3] dan mereka cipta set untuk drama dan filem. Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU. Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua.Perputakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara untuk Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008. Beliau kini juga sangat aktif didalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga universiti.

Azhar_Sulaiman

Anak Kasih Leia Ixora
Andika Rees Pahamin
Kasih Iris Leona
Pendidikan
  • Diploma Senibina
  • Bachelor of Art in Architecture
  • Bachelor of Architecture / Advanced Study
Pekerjaan Pelakon, Arkitek, Pengacara, Pengarah
Pusat pendidikan
Kelahiran (1971-07-22) 22 Julai 1971 (umur 48)
Bentong, Pahang, Malaysia
Ibu bapa Sulaiman Bin Ismail
Wook Binti Mat Adan
Pasangan Chempaka Emalin Pahamin
Tahun aktif 1989–kini