Azizan_Abdul_Razak
Azizan_Abdul_Razak

Azizan_Abdul_Razak

Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (25 Oktober 1944 - 26 September 2013) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.[1].Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda. Pada 1 Jun 2013, beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri".[2]

Azizan_Abdul_Razak

Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lahir (1944-10-25)25 Oktober 1944
Alor Setar, Kedah
Pekerjaan Bekas pensyarah, Ahli politik
Didahului oleh DUN baharu, menggantikan Sala
Pasangan Faeqah Sheikh Hamzah
Shamsiah Shafie
Digantikan oleh DUN dikenali sebagai Sungai Limau
Parti politik PAS
Majoriti 2,774 (PRU-13)
Anak-anak 14 anak
Meninggal dunia 26 September 2013(2013-09-26) (umur 68)
Alor Setar, Kedah

Rujukan

WikiPedia: Azizan_Abdul_Razak http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia... http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/ha... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KetuaSet... http://www.sinarharian.com.my/nasional/jasamu-teta... http://www.sinarharian.com.my/politik/azizan-bakal...