Azmil_Mustapha
Azmil_Mustapha

Azmil_Mustapha

Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 – 14 Februari 2018) ialah seorang bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan pecah panggung iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi legenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pelakon undangan. Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau ialah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu, antara filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Fifty/Fifty (1991) dan Iman Alone (1998).