Azmin Hilmi

Azmin Hilmi atau 'Hilmi','Azmin Heli' , 'Hilmi Hazimin' adalah lelaki buruan polis PDRM berhubung penyebaran gambar bogel Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong di internet pada 2009. Beliau lahir pada 27 Mac 1975 dan menjadi ahli politik Parti Keadilan Rakyat.
Ketika itu, Hilmi menetap di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor tetapi gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. Pada 17 Februari 2009, Malaysia digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar itu diambiltanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.Elizabeth Wong adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan, Selangor. Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita Cina Malaysia itu. Ekoran tersebar gambar-gambar itu, Elizabeth Wong mahu meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan. Namun kemudian hasrat itu dibatalkan setelah dipujuk pelbagai pihak.