Aznil_Nawawi
Aznil_Nawawi

Aznil_Nawawi

Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio di Malaysia.[1][2] Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun.[3] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.[4]Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara). Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006), Duyung (2008) dan Magika (2010). Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits "Jumpa Di Sana" dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.[5]Beliau dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013. Sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran, Aznil telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Seri Angkasa bagi Pengacara TV Popular, dan beberapa lagi anugerah yang diterimanya.Di luar bidang seni, Aznil juga terlibat dalam pelbagai acara amal, kempen dan aktiviti kebajikan termasuk Kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peranannya sebagai duta, Aznil dilantik sebagai Duta Perpaduan bersama Datuk Siti Nurhaliza oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Duta Sihat 1Malaysia, dan Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Aznil_Nawawi

Pekerjaan Pelakon, pengarah, pengacara, penyampai radio, penyanyi, penulis
Ibu bapa Haji Nawawi bin Shirin (bapa)
Hajah Norbaiti binti Haji Surur (ibu)
Pasangan Zahauyah Tarmizi (bercerai)
Tahun aktif 1990−kini
Anak Fildza Haifa
Fariq Haizen
Firdaus Hariz
Nama lain Pak Nil
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Pony Canyon
KRU Records
Karya terkenal Akademi Fantasia
Macam-Macam Aznil
Tom Tom Bak
Jangan Lupa Lirik
Seiras Seirama
LePakNil
Pendidikan Ijazah Sarjana Ekonomi
Saudara Nora Nawawi (kakak)
Kelahiran Aznil bin Haji Nawawi
(1962-11-06) 6 November 1962 (umur 57)
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Selangor (ketika itu) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre Pop
Tahun aktif 1996, 2006, 2008
Pusat pendidikan Universiti Malaya

Rujukan

WikiPedia: Aznil_Nawawi http://www.agendadaily.com/Hiburan/pak-nil-ganti-n... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://english.astroawani.com/lifestyle/aznil-unlo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/akhirnya-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pak-nil-c... http://www.budiey.com/anmum-essential-tom-tom-bak-... http://www.budiey.com/sekitar-pelancaran-album-min... http://www.imdb.com/name/nm2809022/