Azura (filem 1984)
Azura (filem 1984)

Azura (filem 1984)

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 13 Disember 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.
Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan.
Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah Ahmad Daud (Ogy) sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.Penggambaran filem Azura ini telah dirakam di sekitar tanah air, seperti di Sabah, Stesen Caltex Taman Melawati, dewan orang ramai taman ibukota, taman Titiwangsa, taman tasik Jalan Timur,PJ.(SEMUANYA MASIH ADA DAN WUJUD LAGI)
Filem ini banyak menyelitkan mesej yang relevan pada masa itu (sebelum ia mula diberi perhatian umum). Isu-isu seperti bohsia, mat rempit, budaya lepak, pembelajaran di luar negeri, konflik ayah-anak dan kebebasan, stigma profesion artis rakaman, ibu tiri, sumbangan belia kepada masyarakat dan lain-lain. [1] Walaupun filem Azura ini dikenali sebagai filem yang popular tahun 1980an tetapi filem ini tidak begitu berjaya dari segi kutipan dan hanya mendapat sebanyak RM 1 juta berbanding filem Adik Manja yang lebih popular pada tahun keluarannya dan mendapat kutipan lebih tinggi iaitu RM3.50 Juta.

Azura (filem 1984)

Syarikatpenerbitan
Deddy M. Borhan
Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud
Jamal Abdillah
Pengarah Deddy M. Borhan
Pengedar Sabah Film Productions
Bahasa Bahasa Melayu
Penulis Deddy M. Borhan (lakon layar)
M. Amin (skrip asal)
Mula ditayangkan 13 Disember 1984
Negara  Malaysia