Kerjaya Azwanddin_Hamzah

Dato' Azwanddin merupakan Pengerusi Syarikat T&D Construction Sdn. Bhd. sejak tahun 2010. Syarikat ini merupakan salah satu entiti dibawah rangkaian Kumpulan Syarikat T&D. Sektor pembinaan merupakan aktiviti perniagaan utama rangkaian ini disamping mereka mula melebarkan sayap mereka dalam bidang-bidang lain dengan pengkhususan dalam pembinaan berskala besar.

Selain itu juga, beliau merupakan ahli Dewan Perniagaan Malaysia - Indonesia yang berfokus kepada meningkatkan hubungan dua hala sektor swasta di antara Malaysia dan Indonesia menerusi penggalakkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan. Menerusi penglibatannya sebagai Ahli Perhubungan bagi Lanzhou Lanmarch eCommerce Techonology Ltd. yang berpangkalan di China, Dato' Azwanddin juga berjaya mempromosi produk-produk halal di Lanzhou dan China[5][6]. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat bagi Koperasi Jaringan Melayu Selangor Berhad yang ditubuhkan untuk membantu usaha-usaha membangunkan status sosio-ekonomi masyarakat Melayu.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Amanah Nusantara Nasional dari tahun 2015 ke tahun 2017. Badan ini merupakan badan perunding korporate untuk membangunkan Cirebon sebagai satu bandar integrasi bagi menampung pembangunan ekonomi nasional Indonesia[7][8].