Kontroversi Azwanddin_Hamzah

Pada bulan Januari 2019, Menteri Industri Utama, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Dato' Azwanddin kerana dakwaan bahawa Kok mempunyai kepentingan dalam pertikaian tanah berkaitan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor adalah tidak berasas dan tidak benar.[9]

Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memerintahkan Dato' Azwanddin untuk membela diri di atas saman fitnah yang difailkan. Namun, perbicaraan tidak berjalan seperti yang dijadualkan kerana Dato' Azwanddin bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah. Beliau juga turut bersetuju untuk membuat permohonan maaf yang dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail. Turut dipersetujui, Dato' Azwanddin yang juga presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) perlu menyiarkan permohonan maaf dalam seminggu di 3 akhbar, iaitu The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.[10] '

Dato' Azwanndin yang juga terpalit dengan pelbagai saman fitnah antaranya dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong juga turut dipersetujui oleh Dato' Azwanddin untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah kerana tuduhan yang tidak berasas. [11]

Terbaru (8 Oktober 2019), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok untuk memulakan prosiding penghinaan terhadap mahkamah ke atas Dato' Azwanddin kerana gagal menghormati proses penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah terhadapnya.[12]