Azwin_Andy_Malik

Azwin Andy Abdul Malik (lahir 13 September 1983) ialah seorang model dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pemain dram kumpulan Estranged dari 2001 sehingga 2015.[1][2] Adik-beradiknya juga turut bergiat aktif dalam bidang muzik, abang sulungnya ialah Azlan Rudy Abdul Malik yang merupakan pemain dram kumpulan muzik rap rock Malaysia, Pop Shuvit yang juga ketua pegawai operasi 1M4U, manakala seorang lagi abangnya ialah Azril Dino Abdul Malik ialah pemain dram kumpulan Frequency Cannon.

Azwin_Andy_Malik

Pekerjaan Pemuzik, model
Ibu bapa Abdul Malik Abdul Rahmah
Anne Malik
Pasangan Azline Megat (berkahwin 2014)
Tahun aktif 2001-2015
Nama lain Andy, Andy Estranged
Terkenal kerana Sebagai pemain dram kumpulan Estranged
Saudara Azlan Rudy Malik (abang)
Azril Dino Malik (abang)
Kelahiran Azwin Andy bin Abdul Malik
(1983-09-13) 13 September 1983 (umur 36)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pusat pendidikan Universiti HELP