Azza_Zawari
Azza_Zawari

Azza_Zawari

Nor Azzarima binti Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza (Azza Elite) merupakan salah seorang daripada bekas anggota penyanyi Kumpulan ELITE , pelakon wanita , usahawan dan pengacara tv. Azza ialah pengasas kumpulan Elite yang pernah dianggotai Sasha Saidin, Abby Abadi, Watie dan Linda Rafar. Namun, Elite sudah pun berpecah apabila anggotanya membawa haluan sendiri. Azza pula ketika ini aktif sebagai pelakon dan pengacara.Selain berlakon, Azza juga aktif dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan beberapa produk bawah keluaran Azza Elite Empire HQ dan antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.[1]Azza kini sedang menjayakan sebuah program yang mengkhususkan pembelian barangan secara atas talian iaitu LAKU Mall HD pada tahun 2017 yang akan disiarkan di HyppTV. Beliau akan mengacara bersama Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng. LAKU Mall adalah kolaborasi antara HyppTV bersama Mangkin Prestij dan M Tanochi Home Shoppping.