Kerjaya B.A.P

2011 : Kemunculan untuk pertama kali

B.A.P telah ditubuhkan dan mula mempromosi album mereka pada tahun 2011 , dimulai dengan Bang Yong Guk sebagai ketua kumpulan . Dia menyertai TS Entertainment dan muncul dengan lagu 'Going Crazy' berduet bersama Song Ji Eun (Ahli kumpulan SECRET) dan menghasilkan single 'I Remember' , berduet bersama Yang Yo-seob (Ahli kumpulan Beast) . Ahli B.A.P yang kedua yang kacak dan pandai bermain alat muzik iaitu Kim Him Chan . Kim Him Chan pernah muncul sebagai pengacara untuk sebuah program muzik , 'The Show' . Ahli yang ketiga yang paling muda ialah Choi Jun-Hong ataupun Zelo , menyertai TS Entertainment dan muncul dengan lagu 'Never Give Up' bersama Bang Yong Guk pada tahun 2011 .

2012 : Warrior (Pahlawan), Power (Kuasa), No Mercy (Tiada Belas Kasihan), Crash (Hancur), Dan Stop It (Berhenti)

Pada Januari 2012 , kumpulan ini mula muncul dalam sebuah rancangan realiti , 'Ta-Dah, It's B.A.P ' , yang ditayangkan di SBS MTV . Rancangan realiti ini mengisahkan bagaimana enam ahli memainkan peranan sebagai makluk asing yang datang dari sebuah planet bekerjasama untuk muncul sebagai B.A.P dan menakluki bumi untuk membantu menyelamatkan planet mereka yang teruk , Planet Mato .

Pada 25 Januari 2012 , mereka muncul dengan single 'Warrior' . MTV Korea mengambarkan mereka sebagai "Bertenaga & Berkarisma" . Tambahan , Nancy Lee dari Enews World menulis "Nampaknya B.A.P mempunya kelainan berbanding kumpulan-kumpulan K-Pop yang lain yang mendominasi dunia K-Pop dengan hebat , gambaran budak lelaki yang jahat , memecahkan tingkap kereta , memijak tanah dan awak tahu , buat seperti budak lelaki lain buat" . Pada 3 Februari 2012 , Single 'Warrior' muncul dalam Billboard's World Albums Chart pada tangga ke-10.

Pada Mac 2012 , B.A.P melancarkan lagu 'Secret Love' . Pada 16 April 2012 , TS Entertainment mengumumkan kemunculan semula B.A.P dengan single-album baru mereka pada 27 April 2012 dengan nama "Power". Selepas album ini dilancarkan , "Power" dijual pada penjualan pertama iaitu 30,000 salinan .Album ini diterima baik dan masih seperti album mereka "Warrior"."Power" juga muncul di tangga ke-10 dalam  Billboard World Albums Charts.

Album mini B.A.P , 'No Mercy' telah dilancarkan oleh TS Entertainment pada 19 Julai 2012 secara atas talian dan secara fizikalnya pada 24 Julai 2012 . Pada 30 Ogos 2012 , "No Mercy " telah dibuat semula dalam versi EP , yang diberi nama Crash , telah dilancarkan .

2013 : One Shot Dan Kemunculan Di Jepun

Pada bulan Februari , mereka mula melancarkan EP yang kedua , "One Shot" . Pada 21 Februari 2013, EP tersebuat berada di tangga pertama dalam Billboard’s ‘World Albums’ chart.

Pada 28 Julai 2013, TS Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan B.A.P akan melancarkan EP mereka yang ketiga "Badman" pada 6 Ogos 2013 .Agensi tersebut juga ada menyatakan sebelumnya terdapat tiga single yang dipromosikan daripada EP ketiga yang akan datang , Namanya "Coffee Shop","Hurricane" dan "Badman".

Pada bulan May , King Records , sebuah syarikat rekod yang baru menandatangani kontrak bersama Rain mengambil B.A.P untuk single jepun mereka . Mereka melancarkan muzik video "Warrior" dalam versi Jepun di YouTube pada 13 September 2013 dan album dan single mereka dengan secara rasmi dilancarkan 9 Oktober 2013 .

Baru- baru ini , mereka telah melancarkan MV mereka untuk single jepun mereka yang kedua "One Shot" dan mereka diberi pujian atas kebolehan mereka menyanyi dan meng'rap' dalam bahasa yang lain dengan begitu baik sekali .

2014 : First Sensibility , Unplugged Dan Saman Terhadap TS Entertainment

Pada pertengahan Januari , TS Entertainment mengesahkan rancangan bahawa B.A.P akan membuat kemunculan semula dengan album studio pertama mereka , yang diberi nama "First Sensibility ". Mengandungi 13 lagu , ia disahkan bahawa lagu utama dalam album ini adalah "1004(Angel)" , dan kemunculan semula mereka dijadualkan pada 3 Februari 2014 . Apabila album ini dilancarkan , album ini mengatasi semua album di carta Billboard World Album menunjukkan populariti mereka di tahap antarabangsa .Di Korea , First Sensibility juga tersenarai paling atas di carta bulanan Hanteo dan Gaon bagi bulan Februari . Album ini memberi B.A.P rancangan muzik mereka yang pertama di Show Champion dengan lagu "1004 (Angel)". Kemudia mereka kehadapan untuk menang dua kali dengan lagu "1004 (Angel)", membuktikan kejayaan lagu ini .B.A.P melancarkan single jepun mereka yang ketiga "No Mercy" pada 3 April dan tersenarai pada tangga kedua di carta Oricon Daily Singles Charts. Mereka juga tersenari di tempat kedua di carta mingguan Oricon Singles .

Setelah berjayanya promosi lagu "1004 (Angel)", B.A.P melancarkan konsert B.A.P Live On Earth 2014 dalam masa dua hari berturur-turut di Seoul. Ini merupakan konsert solo B.A.P yang kedua di Korea dalam hanya dua tahun kemunculannya .Ia dijangkakan 20,000 peminat global menyaksikan konsert ini secara lansung . B.A.P mengadakan 23 konsert di bandar terutamnya Amerika Syarikat , Asia , Australia dan Eropah dalam jelajah ini .

Semasa jelajah , B.A.P melancarkan album istimewa mereka sebagai hadiah kepada peminat B.A.P Unplugged 2014.

Pada 11 Ogos 2014 , B.A.P melancarkan single jepun mereka yang keempat "Excuse Me" .Pada 27 Oktober 2014 ,TS Entertainment mengumumkan yang mereka terpaksa membatalkan jelajah ke Amerika Selatan untuk memberi masa kepada ahli-ahli untuk berehat .

Pada 27 November 2014 , B.A.P telah mengejutkan semua orang di Korea Selatan dengan menfailkan saman terhadap TS Entertainment atas berlakunya ketidak-adilan dalam pembahagian keuntungan . Pada keesokan harinya , TS Entertainment membuat sidang media menolak dakwaan tersebut , menyatakan bahawa 'tidak berlaku sebarang ketidak-adilan kepada artis-artis ataupun fasal tidak adil dalam kontrak' . Walaubagaimana sekalipun , tuntutan TS Entertainment dicabar B.A.P apabila B.A.P mengeluarkan kenyataan TS Entertainment kurang akauntibiliti dan mereka masih mempertimbangkan untuk menarik balik tuntutan saman tersebut .

2015 : Konflik dah selesai dan Matrix

Setelah beberapa lama mereka tidak berhubung, B.A.P berjumpa dengan TS Entertainment dan berunding untuk berbaik semula . Akhirnya mereka dengan kata sepakat ingin meneruskan urusan mereka seperti dulu. TS Entertainment mengumumkan bahawa B.A.P akan melancarkan single-album baharu iaitu MATRIX pada 16 November 2015. Sebelum itu , mereka memuat naik puzzle yang mempunyai klu tentang single-album baru mereka ini . MATRIX mempunyai 5 lagu yang terdiri daripada Take You There, Monologue (Pengenalan), Young, Wild & Free (Tajuk), Blind dan Be Happy .

2016 : Live On Earth 2016 World Tour, Album Dan Single

B.A.P akan mengadakan B.A.P Live On Earth 2016 World Tour dengan tema Awake . Negara - negara yang akan mereka jelajah ialah :-

  • Korea Selatan
  • Amerika Syarikat
  • Mexico
  • Brazil
  • United Kingdom
  • Germany
  • Rusia
  • Poland
  • Australia
  • New Zealand
  • Teipei
  • Singapura
  • Thailand
  • China
  • Jepun

TS Entertainment telah mengumukan bahawa B.A.P akan melancarkan single EP mereka yang terbaru iaitu Carnival . TS Entertainment turut memuat naik trailer bagi muzik video bagi Feel So Good yang telah dilancarkan 22 Februari ini iaitu hari ke-2 Jelajah Live On Earth 2016 World Tour di Korea Selatan .Mereka juga telah melancarkan album jepun mereka 'Best , Absolute , Perfect' dan membuat persembahan bersempena pelancaran mereka tersebut di sebuah pasar raya .

Selepas Feel So Good menempah nama di Korea Selatan , B.A.P muncul dengan single Jepun mereka yang berjudul 'Feel So Good' . Ini amat menarik perhatian peminat lagu nyanyian kumpulan K-Pop terutama sekali BABY , iaitu kelab peminat mereka . Sambutan bagi single ini amat menggalakkan dan KBSWorld ada menayangkan video tentang B.A.P semasa mereka berada di Jepun untuk membuat promosi untuk lagu baru mereka dan untuk terlibat dalam Ujibakat Dunia Korean World Festival (KFW) di YouTube. Selain itu , mereka turut terlibat dengan persembahan lagu terbaru mereka , That's My Jam dari single mereka kelima iaitu Put'em Up .

Selepas promosi single Put'em Up , mereka muncul dengan album kedua mereka, Noir yang bertemakan gelap dan mendapat sambutan hangat. Tetapi Bang Yong-Guk tidak dapat mengikuti promosi album ini akibat masalah kesihatan. Fly High turut dilancarkan iaitu single Jepun mereka yang keenam yang mengandungi enam lagu semuanya termasuk 'instrumental'nya . Mereka juga sibuk membuat pengambaran bagi "Greeting Season 2017" yang diadakan pada pertengahan bulan Disember 2016.

2017 : Rose, Party Boom B.A.P, Makestar, Wake Me Up Dan Honeymoon

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini.