B.A.P
B.A.P

B.A.P

B.A.P (Korea: 비에이피) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Perkataan B.A.P ialah singkatan bagi "Best Absolute Perfect" (Terbaik, Sememangnya, Sempurna). Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2012 oleh label rakaman TS Entertainment. Sebelum penampilan sulung kumpulan ini dibuat, pihak TS Entertainment telah melakukan pelbagai strategi bagi mempromosikannya seperti aktiviti solo Bang Yong-guk dan pembentukan sub-unit Bang & Zelo. Pada 26 Januari 2012, B.A.P secara rasminya telah membuat penampilan sulung mereka melalui single "Warrior" ("Pahlawan"). Lagu dan video muzik single itu telah mendapat pujian disebabkan gayanya yang berkarisma dan kuat.[1][2] Pada tahun 2013 , B.A.P meluaskan pengaruh mereka dengan menjadi artis King Records di Jepun. Mereka menghasilkan single Jepun mereka dengan mengambil semula lagu lama mereka dan diterjemah kepada bahasa Jepun.