Menu
B PenggunaanDalam kebanyakan bahasa yang memakai huruf Rumi, huruf B menandakan plosif bilabial bersuara (sebutan bahasa Inggeris: /b/). Dalam bahasa Estonia, Iceland, dan juga transkripsi bahasa Cina, B tidak bersuara, tetapi masih dibezakan dari huruf P, yang dipanjangkan menjadi /pp/ dalam bahasa Estonia, dan disedut pula menjadi /pʰ/ dalam bahasa Cina dan iceland. Dalam bahasa Fiji, B diprasengaukan menjadi /mb/, sementara dalam bahasa Zulu dan bahasa Xhosa pula menjadi konsonan implosif /ɓ/, berbanding dwihuruf Bh yang melambangkan /b/.
Bahasa Finland hanya memakai huruf b untuk kata pinjaman.
Dalam huruf IPA dan X-SAMPA, huruf /b/ menandakan plosif bilabial bersuara. Adanya bentuk kelainan huruf b yang menandakan konsonan bilabial berkaitan, seperti implosif bilabial bersuara dan getaran bilabial. Dalam X-SAMPA, huruf besar B menandakan frikatif bilabial bersuara.
Huruf B juga digunakan sebagai not muzik.
Menu
B PenggunaanBerkaitan
B Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Inggeris Brazil Baitulmuqaddis Barisan Nasional Banjir Malaysia 2021–2022 Brunei Bendera MalaysiaRujukan
WikiPedia: B http://www.newgrounds.com/portal/view/28240