BIOS, dalam
pengkomputan, merupakan singkatan kepada
Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau
Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada
kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara
perisian lain yang disimpan di dalam pelbagai bahantara (seperti
cakera keras,
cakera liut dan
CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai
but (booting up).BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan ke dalam suatu cip yang mengenali dan mengawal
papan ibu serta pelbagai peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk
komputer peribadi. Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitor, boot loader atau boot ROM biasa digunakan.Walaupun nama BIOS itu adalah
akronim, ia boleh menjadi permainan
kata Greek βιος (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali muncul dalam sistem pengendalian
CP/M, memerikan bahagian CP/M yang dimuat ketika
masa but yang mengantara muka terus dengan
perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah dalam
ROM). Kebanyakan versi
DOS mempunyai fail bernama "IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.