BT_Group
BT_Group

BT_Group

BT Group plc (didagangkan sebagai BT dan dahulu British Telecom) ialah syarikat induk telekomunikasi multinasional British yang beribu pejabat di London, United Kingdom. Ia mempunyai operasi di sekitar 180 negara dan merupakan penyedia perkhidmatan talian tetap, jalur lebar dan mudah alih yang terbesar di UK, dan juga menyediakan langganan perkhidmatan televisyen dan IT.[3]Asal-usul BT bermula pada penubuhan Syarikat Telegraf Elektrik pada 1846 yang membangunkan rangkaian komunikasi di seluruh negara. Pada tahun 1912, Pejabat Pos Besar, sebuah jabatan kerajaan, menjadi pembekal telekom monopoli di United Kingdom. Akta Pejabat Pos 1969 membawa kepada GPO menjadi sebuah perbadanan awam. British Telecommunications didagangankan sebagai British Telecom, ditubuhkan pada tahun 1980, dan menjadi bebas daripada Pejabat Pos pada tahun 1981. British Telecommunications telah diswastakan pada tahun 1984, menjadi British Telecommunications plc, dengan sekitar 50 peratus sahamnya dijual kepada pelabur. Kerajaan menjual baki kepentingannya dalam penjualan saham selanjutnya pada tahun 1991 dan 1993. BT merupakan pemegang Waran Diraja Keluarga Diraja British dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London, penyenaraian sekunder di Bursa Saham New York, dan merupakan penyususn Indeks FTSE 100.BT mengawal sejumlah anak syarikat besar. Bahagian Perkhidmatan Global BT membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan korporat dan kerajaan di seluruh dunia,[4] dan bahagian Pengguna BT membekalkan perkhidmatan telefon, jalur lebar, dan perkhidmatan televisyen berlangganan di Great Britain kepada sekitar 18 juta pelanggan.[5] Pada Januari 2016, BT memperoleh EE untuk £ 12.5 bilion.

BT_Group

Pendapatan operasi ▲ £3.381 bilion (2018)[1]
Industri Telekomunikasi
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan bersih ▲ £2.032 bilion (2018)[1]
Nama dahulu British Telecom
Anak syarikat
  • BT Ireland
  • BT Italia
  • Plusnet
Bilangan pekerja 106,700 (2019)[2]
Perancang utama
  • Jan du Plessis
    (Pengerusi)
  • Philip Jansen
    (Ketua Eksekutif)
  • Simon Lowth
    (Pengarah Kewangan Kumpulan)
Ibu pejabat BT Centre, London,, United Kingdom
Laman sesawang btplc.com
Keluaran
Ditubuhkan 1969; 51 tahun yang lalu (1969)
Hasil £23.746 bilion (2018)[1]
Pembahagian
  • BT Consumer
  • EE Limited
  • BT Business and Public Sector
  • BT Global Services
  • BT Wholesale and Ventures
  • Openreach
  • BT Technology, Service and Operations
Didagangkan sebagai LSE: BT.A
NYSE: BT
Komponen FTSE 100
Pendahulu
Nama perdagangan BT
Jenis Syarikat awam berhad