Ba'kelalan

Ba'kelalan ialah sebuah daerah pendalaman tanah tinggi bergunung ganang terletak di bahagian timur laut negeri Sarawak, Malaysia. Ba'kelalan berada 1000 meter tinggi dari aras laut memberikan daerah ini mempunyai suhu rendah di bawah 21 darjah celcius. 4 km dari Ba'kelalan terletaknya sempadan antara Kalimantan Barat, Indonesia dan bersebelahan dengan Taman Negara Kayan Mentarang di wilayah Kalimantan. Penduduk di sini terdiri daripada suku kaum Lun Bawang.[1] Terdapat sembilan buah perkampungan di sini iaitu perkampungan Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.[2]Mengikut istilah tempatan, 'Ba' bermaksud sawah padi manakala 'Kelalan' pula bererti sebatang sungai.[3]Terdapat beberapa lokasi menarik berdekatan Ba'kelalan seperti Bario, Taman Negara Pulong Tau, Gunung Murud dan Bukit Batu Lawi.

Ba'kelalan

Negeri  Sarawak
Negara  Malaysia
• Jumlah 1,500+
Ketinggian 1,000 m (3,000 ft)

Berkaitan