Menu
Badan Peguam Malaysia Struktur organisasiBadan Peguam Malaysia terdiri daripada tiga enam (36) ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini:
Ahli-ahli jawatankuasa Badan Peguam Malaysia yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipilih setiap tahun oleh Badan Peguam dalam mesyuarat pertama yang secara tradisi diadakan sebaik saja Mesyuarat Agung Tahunan bertamat. Ahli-ahli jawatankuasa adalah pengamal undang-undang penuh masa dan pelantikan-pelantikan kehormat ini adalah tertakluk kepada pemilihan semula setiap tahun. Kecuali jawatan Bendahari yang tidak diperuntukkan dalam Akta, setiap ahli jawatankuasa tidak boleh memegang jawatannya melebihi dua tahun berturut-turut. Ahli-ahli jawatankuasa memegang jawatan ketika dipilih oleh mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan bertamat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikut. Mereka berkhidmat secara sambilan dan sukarela kerana Akta Profesion Undang-undang melarang sebarang pembayaran yuran atau gaji.
Untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan tentang urusan-urusan Badan Peguam Malaysia, badan peguam ini menugaskan kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa negeri di seluruh Malaysia atau kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dalam Badan Peguam sendiri. Bagaimanapun jawatankuasa peguam negeri dan jawatankuasa Majlis Peguam adalah tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa di bawah Akta untuk mengemukakan sebarang pendapat bagi pihak Badan Peguam Malaysia.
Menu
Badan Peguam Malaysia Struktur organisasiBerkaitan
Badan Badan Peguam Malaysia Badan Intelijen Negara Badan perundangan Badan eksekutif Badan keton Badang Badang (filem) Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan KemerdekaanRujukan
WikiPedia: Badan Peguam Malaysia http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/... http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140204/p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.mole.my/content/ranjit-singh-liberty-ob... http://www.malaysianbar.org.my/bar_council.html